NUFFNANG 2

NUFFNANG

19 October 2014

Cara untuk park kereta macam rakyat Malaysia yang sebenar (Malay Version)


-Entry versi Bahasa Inggeris-

Tengoklah sendiri cara rakyat Malaysia kita parking. Nasib baik ada 29 juta penduduk je, kalau ada 59 juta rasanya takkan cukup tempat parking. Tapi sebenarnya dengan bilangan kereta on the road kat Malaysia yang banyak dan betapa kita sedar tempat parking kat Malaysia sentiasa limited, kalau parking cara macam ni memang boleh bikin panas.




So apa pendapat anda?
Memang aku kena parking jauh sikit nak ke kedai sebab dah manusia pintar ni parking macam ni.

Sebenarnya ni benda biasa kat Malaysia ni. Memang makin kita perasan makin tak berdisiplin.

Satu kereta mungkin memilih untuk parking menyenget dengan harapn kereta lain akan ikut, tapi benda tu memang takkan berlaku sebab:

1. Petak kereta lurus. Kalau kita satu-satunya kereta parking menyenget kita tak pasal-pasal digelar bodoh, sombong, penting diri ...... atau tak reti parking.

2. Sebab banyak lagi kereta lain yang pemandu nya well educated boleh parking masuk macam yang sepatutnya.

Manusia pintar yang memilih konon nak mula parking menyenget ni kena sedar, tak semua orang faham cara kau nak jadi leader. Mungkin kau kena pergi pejabat MPKj ke, pejabat ADUN ke cakap suruh buat balik petak parking ni. 

Tapi tempat parking ni dua-dua belah ada tempat masuk, sebab tu rasionalnya kotak parking dia macam tu supaya mana-mana arah boleh parking. 

Siapa yang pernah pergi Singapore boleh tengok betapa teratur nya parking kat sana. Alaah ignore kejap fakta bahawa bila masuk Malaysia pemandu Singapore ni jadi 'Singa', at least di negara sendiri mereka berdisplin, ikut peraturan, tak menyusahkan pihak lain. Dan sebab merekajadi 'Singa' di negara 'Harimau Malaya' ni ialah sebab penguatkuasa kita lemah.

Kalau satu hari nanti kerajaan kita nak buat macam Singapore, nak saman sana sini, memang mungkin kerajaan memerintah akan tumbang. Rakyat tak suka. Kalau berjaya, ia mungkin ambil masa bertahun untuk didik rakyat kita berdisplin dalam kehidupan bermasyarakat. Macam Singapore, bukan sehari transform jadi macam tu,

Tapi bila fikir balik, kita ni dah dewasa, dah educated kenapa perlu macam tu lagi? Tak ada ke kesedaran sivik dalam balik pemikiran kita yang boleh menjadikan kita lebih berfikiran seperti manusia dari sekadar orang gila? TAKE THAT MORONS

Siapa suka kena saman kan?

Dah tu kenapa park macam tu? Mentang-mentang tak ada saman.

KEARAH MALAYSIA MAJU 2020 DALAM ACUANNYA SENDIRI....parking ikut suka. Yeah Negara MAJU!!!!

Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen atau share cerita dan gambar ke email kami towardsabettermalaysia@gmail.com

1 comment:

Unknown said...

Оцените- досуг проститутки
B xoлoдный вeчep, coгpeю нe тoльko чaшeчkoй гopячeгo чaя, нo и... Бедна любовь, если ее можно измерить.